Thursday, October 22, 2009

Cahaya di wajahmu...; Jamuan Hari Raya DQ Al-Wildan


Bismillahirahmanirahim.



Terpanggil untuk diri ini bercerita tentang pengalaman jaulah bersama-sama akhwat yang dikasihi. Sebagai tanda tercipta sebuah kenangan yang indah dalam lingkungan iman dan halawatul ukhwah yang sangat manis dinikmati. Satu aturan Allah yang termaktub di helaian-helaian takdir tentang pertemuan dan silaturahim yang terjalin antara kita. Jaulah yang akhirnya membawa ana ke madrasah tercinta, Darul Quran Al Wildan.

Walaupun ini kali pertama kali menjejakkan kaki ke DQ Al Wildan, bi'ah solehah yang tercipta di sana dapat diri rasai. Terima kasih sahabat, kerana membawa ana ke sana bersempena dengan Jamuan Hari Raya 2009. Sesungguhnya terdapat satu tempat khas di hati ana ini untuk semua yang berada di DQ Al Wildan. Bersama-sama mekar kuntum bunga persahabatan yang terjalin, semoga terus subur bersama doa-doa dan cita-cita yang sama, memperjuangkan Islam di muka bumi Allah dan mempelajari, menghafal dan mengamalkan Al-Quran, warkah cinta dariNya.





Perjalanan ana mulakan dengan bismillah dan doa, agar segala-galanya dipermudahkan. Bersama ana, ukhti habibati Zainab Jahsy, dan seorang ukhti mujahidah yang baru kukenali (Semoga pertemuan itu menjadi permulaan kepada ukhwah dan kisah tarbiyah yang bermakna buat dirinya dan diriku). Tidak lekang ujian Allah buat diri, sebagai tanda kasih dan sayangNya, kami sesat ketika perjalanan ke sana.

Andai ukhti habibati tertanya, apakah ibrah di sebalik ujian itu? Jawapan ana.... sungguh, hati ini melihat kembali kepada niat ana berjaulah bersama ukhti semua. Diri tidak kisah walau kemana ukhti membawa ana, walau ke hujung dunia. Namun, biarlah kerinduan untuk bersama antunna semua hilang. Kerana hati ini sayangkan antunna kerana Allah. Pada Allah jualah ana panjatkan doa dan harapan kerana kerinduan itu tak pernah luntur, malah bertambah-tambah walaupun selepas hampir sehari kita berjaulah bersama. Semoga diri ini mendapat sesuatu dari jaulah kita kali ini.

Walaubagaimanapun, Alhamdulillah, Allah mempermudahkan segalanya dan kami selamat sampai disambut oleh adik-adik Al Wildan yang ceria dan salam perkenalan dan ukhwah daripada Ummu Aishah yang dihormati.


MasyaAllah, tidak mampu untuk diungkapkan perasaan diri yang bahagia, keliru, cemburu, gembira, kasih, rindu.... 1001 perasaan melihat wajah-wajah yang bercahaya itu. Cahaya Al-Quran dambaan diri yang terpancar indah dari mereka seperti memanggil diri ini untuk mendekati, mengenali, menyayangi, dan melindungi adik-adik tahfiz ini. Pada Allah, Tuhan Yang Maha Mendengar, ana memohon nikmat dan kurniaanMu, agar cahaya itu juga turut menerangi diri ini. Pertemuan ini ternyata membakar semangat diri ini untuk terus mencari cinta pada Allah dan Al-Quran. Doaku semoga mereka semua sentiasa dalam naungan kasih dan cinta Allah.

Ana dan sahabiah sempat membantu untuk menyiapkan makanan Jamuan Hari Raya dan secara tidak langsung, diri mula mengenali warga-warga DQ Al Wildan dengan lebih dekat lagi. Semua disusun dengan baik. Diri ini tersenyum apabila melihat usaha yang dilakukan oleh warga Al Wildan untuk memastikan ikhtilat dijaga antara muslimin dan muslimat yang hadir. Tabir dan kanopi yang disediakan secara berasingan, memberikan keselesaan kepada hadirin dan hadirat yang hadir ke majlis penuh berkah ini.

Program bermula dengan ucapan pengerusi DQ Al Wildan dan bacaan Al-Quran oleh anak Al Wildan. SubhanAllah, berkumandang indah ayat suci Al-Quran oleh putera dan puteri Al-Wildan. Diri seperti diperkenalkan dengan keajaiban Allah apabila melihat dan mendengar hafalan kalimah-kalimah cinta Allah itu meniti di bibir mereka yang baru berusia 9 hingga 12 tahun ini. Tercabar juga diri ini untuk terus bermujadah dalam menghafal Quran. Tertanya pada diri, masih adakah kudrat dan kemampuan utuk diri ini terus menghafal Al-Quran? Ya Allah, jadikanlah Al-Quran sebagai penyejuk hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap rasa duka dan kegelisahanku. Ameen.



Persembahan diteruskan dengan dendangan nasyid dan pementasan pentomen oleh adik-adik DQ Al Wildan. Ternyata penguasaan bahasa Inggeris dan Arab turut diterapkan di dalam institusi pendidikan yang diperkenalkan oleh DQ Al Wildan. Semoga adik-adik Al Wildan terus mengatur langkah menimba ilmu di madrasah itu. Seterusnya acara penyampaian hadiah untuk menghargai pencapaian adik-adik Al Wildan dalam pelbagai bidang.

Terlalu banyak kenangan yang tercipta, gurauan puteri-puteri Al Wildan menceriakan lagi suasana. Kami turut disertai oleh beberapa akhwat yang lain; ukhti Adieq, ukhti Ayu dan ukhti Yan. Mawar-mawar berduri yang mewangikan lagi taman Islam yang indah permai. Silaturahim terus terjalin bersama akhwat dari UIA, Gombak. Walaupun kita berada dalam wadah perjuangan yang berlainan tetapi, tujuan dan cita-cita kita sama. Semoga terus tegar meniti jalan redhaNya.


Salam dihulurkan tanda selamat tinggal. Ternyata, harapan yang sangat tinggi agar diri dapat kembali lagi, terus bersemi di dalam hati. Terima kasih pada semua putera puteri dan tenaga pengajar Al Wildan. Pengalaman manis yang akan sentiasa disimpan di dalam hati.

Wallahu'alam

2 comments:

ummujahsy said...

salam'alai habibati jannah, tersenyum d bibir ana tika saat mnatap nskhah pnuh cnta dr ukhti...subhanallah, apapun y Allah takdirkn bt jaulah ukhti bsma shibah akhwat tmpoh ari, smg bisa d bawa k halamn muhasabh...
mikirkn cnta dr Dia, lntrn sesat nmun hati trus shj sbur mmuji2 kalam Ilahi...
jaulah itu sbnrnya wadah kita dlm pncarian trbiyah, lnts Allah hdirkn trbiyah sdari enjin kereta dhidupkan biarpun ia hadir kala muqaddimah safar...
lihatlah, hgga saat ini, psti crew akhwat dlm jaulah tempoh ari msh tsenyum2 mmkirkan memoir bsama lntrn ksesatn yg dtkdrkn...
indahnya masyaALLAH..
MAN JADDA WAJAD ya ukhti habibati...!!!

farahzulaikha said...

Salamun'alaik. Ukhti habibati yang dikasihi. Alhamdulillah, terukir senyuman yang indah di wajah yang bercahaya ukhti. Semoga kenangan terus bersemi mekar bersama cinta padaNya. MasyaAllah, jaulah yang bermakna, sambil kita mengungkap keagungan ayat cinta Allah. Sangat indah... Sungguh ukhti, tarbiyah istimewa buat diriku dan semua akhwat yang lain. Allahuakbar.