Tuesday, January 5, 2010

Tentang Cinta

Bismillahirahmanirahim

'Entry' ini di'edit' pada 10 Januari 2010 di atas beberapa sebab tertentu. Namun begitu, semoga perkongsian ini memberi sedikit manfaat buat diri yang membacanya.

Andai mungkin untuk ana bercerita tentang keadaan diri, SubahanAllah..Hanya Allah sahaja tahu. PadaNya kupohon dikurniakan nikmat kesempurnaan iman, kelapangan masa, kesihatan, kesabaran, ketabahan, kasih dan cinta dariNya. Diri cuba mencari sela masa untuk mengubah karangan kata di taman cyber ini. Dan ternyata, Kisah Tarbiyah Kem Hafazan episod 2 masih dalam proses penulisan. Doakan semoga ana berjaya menukilkan kisah tarbiyah itu.

Walaupun begitu, ingin ana bawakan satu situasi; yang berkisar tentang Cinta. Pertukaran pesanan mesej ringkas (SMS) antara dua hamba Allah.... Pertanyaan ukhti yang dikasihi kepada diri yang merindui...

Khaula : Rindu terhadap manusia dapat diubati dengan apa ya?

Ummu Iqra : Mencari kekasih yang yang lain untuk dirindui. Contohnya, Allah. Dan sibukkan diri dengan kerja-kerja berfaedah sampai kita lupa untuk ingat pada yang dirindui. Contohnya baca atau hafal Al-Quran, kemas rumah, buat kerja dakwah, study dan sebagainya. Kalau tak boleh juga, apabila teringat pada yang dirindui, doakan kebahagian dan kesejahteraannya. Seterusnya tekad untuk melepaskan ingatan dan rasa rindu itu kerana percaya Allah akan sentiasa menjaga dirinya untuk kita. Maka tidak perlu lagi risau pada yang dirindui itu. Kerana dia berada dalam jagaan Allah Yang Maha Kuasa.

Khaula : Cinta sejati, kasih sayang, rindu akan Allah, rasulNya, dan manusia tersayang... Hadir dari mana? Adakah ia datang secara diundang?

Ummu Iqra : Cinta itu perasaan ciptaan Allah. Hadirnya ia boleh jadi sebagai nikmat atau ujian pada manusia. Andai cinta itu dilandaskan pada syariatNya, maka bersyukurlah padaNya. Pada Sang Pencipta rasa cinta. Mungkin perasaan rindu hadir, panjatkan pada Yang Esa. Semoga perasaan itu sampai pada yang dirindu. Tetapi perlu beringat, hakikat cinta adalah memberi dan bukan meminta. Banyak berkorban dan berlapang dada. Cinta yang benar adalah cinta yang mendekatkan kita pada Allah dan bukan jauh dariNya. Pada ana, Allah dan rasul yang paling berhak menduduki tahta di hati. Andai mungkin cinta dan rindu ada pada manusia bergelar mama, abah, adik, sahibah-sahibah, suami dan lain-lain, biarlah dengan redha Ilahi.

Khaula : Bagaimana cinta menjadi ujian?

Ummu Iqra : Pada ana, persoalan-persoalan akan timbul dalam diri andai cinta fitrah (opposite sex) mula dirasai. Contohnya; Mengapa ada manusia yang perlu lebih banyak diingati sedangkan Allah lebih berhak dirindui? Mengapa nama si dia keluar dari mulut ini lebih banyak dari nama Allah? Andai ini adalah ujian buatku, maka ku rela. Kerana tujuan hidupku adalah cinta Allah dan bukan cinta manusia. Cinta hadir sebagai ujian, tatkala hati mempunyai keinginan untuk berkasih sayang dan sebagainya. Maka awas, mungkin syaitan akan mula mengatur langkah menyesatkan manusia andai jalan yang diambil untuk disalurkan perasaan itu salah. Niat tidak menghalalkan cara. Cinta juga menjadi penyebab kepada mujahadah seorang manusia. Maka, hadirlah cita-cita membawa orang tersayang ke syurga.

Khaula : Cinta dan rindu manusia yang diredhai Ilahi, bagaimana?

Ummu Iqra : Contohnya kalau antara lelaki dan perempuan; dengan ikatan perkahwinan. Segala-galanya adalah takdir Tuhan. Andai tidak dipertemukan, maka mungkin si dia bukan ditakdirkan untuk kita atau masih belum sampai masa untuk pertemuan jodoh kita. Kalau cinta yang lain seperti cinta pada Allah, rasul, Al-Quran, mama dan abah, sahibah, kucing kesayangan ukhti, ilmu dan lain-lain juga adalah kurniaanNya. Erti kata lain, dengan rahmat, restu, nikmat dan redha dari Allah. Cinta pada sahabat pun sama. Andai tidak ditakdirkan Allah untuk berjumpa. Maka, tidak berjumpa. Cinta yang diredhai adalah cinta yang mengikut syarie' dan bukan hawa nafsu semata-mata.

Khaula : Dan di manakah cinta Allah?

Ummu Iqra : Cinta pada Allah atau cinta Allah pada kita?

Khaula : Kedua-duanya....

Ummu Iqra : Hmm... Cinta pada Allah ada tanda-tandanya. Sentiasa mengingatiNya, rela berkorban, kagum, redha, harap, takut andai mengudang kemurkaanNya, rela dengan ujian kerana kita mencintaiNya, mengadu dan bercerita padaNya, sentiasa melihat kehadiranNya dalam penciptaanNya, rindu untuk berjumpa denganNya... menatap wajahNya... andai ada keikhlasan untuk melakukan ibadah, bukan kerana inginkan syurga atau takutkan neraka, tetapi kerana Allah selayaknya disembah dan dicintai. Kerana sifatNya, Maha Pengasih dan Penyayang... Maha Bijaksana dan lain-lain lagi. Terasa setiap nafas adalah kerana sifat Allah Maha Pemurah dengan kurniaaNya. Ayat-ayat cinta kalam furqan dan utusan rasul sebagai bukti kewujudanNya. Kata-kata yang tinggi dari Kekasih, iaitu Allah.... sungguh bijaksana...

Tentang cinta Allah pada kita.... MasyaAllah, tak mampu untuk dijelaskan dengan kata-kata. Tatkala diri pasti rasa sangat bahagia ada yang mencintai kita. Apatah lagi andai Allah yang menghulurkan pelbagai nikmat dan rahmat tanda cintaNya pada kita.... Andai ditanya pada ana, mahukah ana bersahabat dengan Allah? Jawapanku, ana nak jadi lebih dari itu. Ana tak nak jadi sahabat, ana ingin menjadi kekasihNya.... SubhanAllah. Allah sangat Penyayang. Tanda-tanda cintaNya padaku dengan kurniaan iman, Islam, Al-Quran, ukhwah, mama abah, adik-beradik, ilmu, nikmat beribadah, sesuap nasi, helaan nafas dan banyak lagi. Terasa bahagia seperti dikasihi. Bukankah itu cinta?

Hadirnya mereka yang disayangi bagaikan perantaraan kasih sayang Allah buat hambaNya. Maka segala syukur, kasih dan rindu dipulangkan kepadaNya.

Khaula : Terlalu bahagia sehingga menyebabkan manusia menangis, kerana terlalu banyak nikmat diberi untuk diri yang dhaif ini, kan?

Ummu Iqra : Ya. Kerana rindu padaNya. Kerana kasih sayangNya pada diri yang selalu membuat dosa dan mengundang murkaNya. Kerana diri tak punya apa untuk membalasnya kembali. Kerana setiap yang ada pada diri adalah milikNya. Termasuk cinta, rindu dan hati yang merasai perasaan ini. Hanya pinjaman dari Sang Pencipta rasa cinta...

The end


Andai mungkin hati merasa resah dan gelisah, tatkala merisaukan ukhti yang dikasihi kerana persoalan-persoalan mula timbul di kotak pemikiran. Sungguh... adakah dirimu sedang diuji Allah dengan kasih seorang lelaki? Adakah ukhti kuat untuk mengharunginya? MasyaAllah, rupanya ukhtiku ini sudah dewasa meniti usia.... Doaku agar dirimu sentiasa dalam rahmat Allah. Maka, kubuang jauh-jauh setiap kata-kata negatif yang menyelinap ke dalam benak kalbu. Dan ku bersangka baik denganmu, wahai ukhtiku sayang... kerana Allah juga sedang menjagamu.

Apapun.. Alhamdulillah.. dikhabar jua akhirnya.. rupanya ukhtiku ini merindukan akhwat-akhwat yang jauh dari mata. Syukur pada Allah, halawatul ukhwah telah dirasai manisnya. Ketahuilah olehmu, sahibah mengharapkan doa dari sahibah yang lain. Maka, panjatkanlah doamu pada Allah, buat sahibah yang dirindui. Salam sayang juga buat ukhti, doaku agar Allah mempertemukan kita kembali... bersama tautan akidah yang sama, dan panji-panji Islam yang dijulang tinggi... SubhanAllah... kerinduan itu mungkin takkan hilang. Maka ukhtiku... impikan kesudahan yang baik di akhirat nanti dan bercita-citalah untuk memimpin tangan-tangan mereka yang disayangi ke taman-taman syurga yang abadi.

Wallahu'alam

No comments: